Pengumuman


Sumbangan Artikel

Laman ini mengalu-alukan sesiapa saja yang berminat untuk menyumbangkan artikel untuk disiarkan di laman ini. Sekiranya berminat emailkan nama dan username anda. Saya akan create satu username untuk membolehkan anda post artikel secara terus ke laman web ini:

Artikel hendaklah yang berkaitan dengan IT, Audio Visual, Graphic, Photography sekiranya berminat sila email saya di sini:

http://gcloud.com/v2/?page_id=47

Terima Kasih

Tutorial sumbangan Tasek16

Assalamualaikum…

Ok kali ni sekali lagi aku buat tutorial macam nak burn avi , divx, xvid video ke dvd just using one dvd tool iaitu: Batch DVD Streams Converter

QUOTE
Batch DVD Streams Converter is a free, open-source software to convert all popular media formats to DVD streams - M2V, AC3, WAV for the next DVD Authoring with included MuxMan DVD Authoring Tool, or with any other DVD Authoring software, such as DVD Lab Pro, or GUI for dvdauthor, etc.


Sebelum tu download software ni (free) BatchDVDStreamsConverter

Selepas habis download unzipkan file tadi dalam satu folder: kemudia tekan file BatchDVDStreamsConverter.exe. Cth macam image kat bawah:

Loadkan video dengan menekan butang Add File: Di bahagian Ouput Folder setkan di mana kita hendak savekan video yang kita hendak encode dalam ke dengan menekan buatang Change. Clik pada “Create folder for each media file” jika kita masukkan beberapa video dan enigin encode beberapa secara serentak tetapi berlainan folder.

Ok di sebelah kanan adalah option kita setkan setting pada video yang hendak kita encode. Ok dalam kes ini kita hendak encode ke DVD video:

Bahagian ini penting untuk menentukan quality video yang pastikan di set dengan betul:

Pertama ada option Video Setting.
Di dalam setting di atas aku menggunakan video dari sumber PAL jadi secara otomatik software ini akan detect PAL, Jika kita masukkan sumber video dari NTSC software ini akan detect NTSC. NTSC ada dua jenis satu normal NTSC (29.97 fps) dan satu lagi NTSC Film (23.97). Jadi salah satu kelebihan software ini dia akan setkan format yang betul secara otomatik tanpa perlu kita set atau tentukan apa sumber format asal. ini memastikan bila kita encode video..ia lebih tepat dengan format asal.

Mengenai video bitrate jika sumber video anda agak panjang cth video movie yang didownload dari internet ..setkan bitrate diantara 3500 ke 4500.cukup untuk dimain selama dua jam untuk satu dvd 5 (4.37gig). dalam kes ini aku setkan 4000 kbps.. .

Jika video anda diambil dari video cam click pada Interlace…jika movie dari internet cth avi divx, avi xvid, selalunya dalam progressive (de-interlace) ..untick kan bahagian ini. BTW anda semua tak perlu risau sebab software ini automatic dectect samada interlace atau progressive ..

Untuk Aspect ratio anda boleh setkan ke 4:3 (normal screen ) atau 16:9. Selalunya video movie yang didownload di internet di setkan ke 16:9 jadi setkan ke 16:9… untuk sumber video dari cam bergantung pada jenis video cam atau setting yang digunakan masa shooting boleh jadi 4:3 atau 16:9

Dibahagian 2 pass Conversion. Jika anda ingin optimzekan antara size video dan quality tick pada bahagian ini. Pada setting ini encoder akan scan apakan bitrate yang paling optimum untuk sesuatu scene cth jika video tersebut tidak banyak scene yang bergerak jadi bitrate yang lebih rendah digunakan ..jika terdapat banyak scene yang bergerak encoder akat setkan bitrate yang lebih tinggi untuk bahagian tersebut.. Tapi option ini memakan masa kerana encoder akan menganalisa keseluruhan video kemudian baru encode.. Jika anda tak mahu tunggu lama tak perlu tick pada bahagian ini..jadi ia hanya encode sebagai 1 pass conversion.

Ok jika video anda lebih dari 2 jam jika normal resolution pada 720×576 ( Pal) atau 720×480 (NTSC) tak cukup untuk DVD 5. Jadi apa yang perlu anda buat adalah resizekan resolution pada Half D1 Frame size (352×576 untuk PAL dan 352×480 untuk ntsc).. jadi kombinasi bitrate dianatara 3500 -4500 dan Half D1 Frame Size memboleh kan anda memasukkan video lebih dari 2 jam dengan quality yang acceptable. So tick pada Half D1 Frame size jika video anda lebih dari 2 jam.

Pada bahagian Audio pilih Ac3 ini kerana audio format ini diterima pakai dan compatible untuk semua dvd player samada dvd player rumah atau software computer. BTW cadangan setkan anatara 256 ke 384..kerana pada range ini sound quality masih baik (bergantung sumber asal)

Setelah berpuas hati tekan butang Run.. sebelum tu pastikan dimana Ouput video akan disavekan.

Setelah selesai encoding..software ini akan create dua file satu untuk video dan satu lagi untuk audio cth maca image dibawah satu dalam formatac3 (audio) dan satu lagidalm format .m2v (video). Jika anda ingin author dvd video anda dengan menggunakan dvd athoring software seperti encore, dvdlab pro atau mana-mana dvd authoring software anda boleh guna kedua-dua file ini.

Authoring

Ok dalam tutorial ini .. kita boleh author atau create DVD folder juga dengan menggunakan software ini. Caranya open software ini semula caranya : Tool—>MuxMan Dvd Authoring cth macam di bawah:

Loadkan video file dan audio file yang telah dicreate tadi . Jika ada lebih audio file cth untuk bahasa lain masukkan du ruangan tambahan untuk audio. Dan satu lagi anda jug memasukkan subtitle file cth dalam format .srt dibahagian SuPictures setkan bahasa (Language cth Eng ,dsbnya
Kemudian setkan dimana dvd folder tadi akan disavekan. kemudian tekan Start…Software akan create dvd folder (VIDEO_TS) yang mengandungi file seperti VOB, BUP, IFO .. File-file ini diperlukan untuk membentuk satu DVD-video yang boleh dimainkan di dvd player. cth macam image dibawah :

Untuk test video kita berfungsi click pada Video_ts.ifo file..jika anda menggunakan Cyberlink PowerDVD ia akan open otomatilk play dvd video anda…cuba activatekan subtitle di dvd player..jika ia keluar jadi tak masalah….
Burning.
Anda boleh menggunakan burning software seperti Nero.. Jika menggunakan nero masukkan semua file ini ..dan burn.

Selain Nero anda juga boleh menggunakan Imgburn (free) untuk burn dvd video anda.
Run Imgburn:

Pilih option : Write File / folder to disk

Kemudian loadkan Dvd folder (Video_TS) cth macam kat bawah:


pilih folder Video_TS

Pad tab Device pilih speed settijng dalam ke ni aku guba 5X

Finally burn DVD ke dvd-r

Reduced: 93% of original size [ 550 x 361 ] - Click to view full image


Note: kenapa aku galakan guna software ini. Pertama very straight forward…some setting di set secara otomatik tanpa pening kepala…Kedua hanya guna satu software untuk encode dan authoring..selain burning software. 3 Quality video yang diencode very acceptable in some cases (consider good - depend pada original source)..dan proses encoding very fast (depend on pc spec)…harap lepas ni tak masalah lagi macam nak burn ke dvd video ..sama ada untuk video dari dv cam atau video yang didownload dari internet….

Note: tested on avi dv, avi divx & xvid…
so good luck

Note: kenapa aku galakan guna software ini. Pertama very straight forward…some setting di set secara otomatik tanpa pening kepala…Kedua hanya guna satu software untuk encode dan authoring..selain burning software. 3 Quality video yang diencode very acceptable in some cases (consider good - depend pada original source)..dan proses encoding very fast (depend on pc spec)…harap lepas ni tak masalah lagi macam nak burn ke dvd video ..sama ada untuk video dari dv cam atau video yang didownload dari internet….

Tutorial sumbangan Tasek16


Cetak Artikel Ini Cetak Artikel Ini

Ramai pengguna yang membeli kamera video berdasarkan hard disk seperti dari Sony atay Panasonic mengeluh kerana software video editing tak boleh terima video file dari kamera video yang menggunakan format ini dan nak edit video agak lembab.

Format video AVCHD adalah format video high def untuk consumer. Format video ini menggunakan MPEG-4 AVC (H.264) codec . Dari segi quality video memang diakui lebih baik dari mpeg2 dvd pada saiz file yang sama. Format ini juga merupakan salah satu format yang diguna pakai untuk next generation video disk seperti Blu-ray.

Walaupun pun quality video format ini adalah baik tetapi masalah yang paling besar adalah
1. Susah untuk di edit - Ini disebabkan nature mana-mana video yang dicompress berdasarkan GOP (Group of Pictures) Jadi ia memerlukan computer yang lebih berkuasa dan ram yang mencukupi (melebihi 2 gig). Satu perkara lagi oleh kerana video ini dalam format high definition sudah tentu graphic card yang mampu handle high def amat-amat diperlukan. Jika tidak semasa dimaikan di PC terutamanya video akan tersekat-sekat…
2. Tak semua video editing software samada consumer atau pro support format video ini. Kebanyakkan consumer video editing software lebih selesa support video high def yang menggunakan format HDV (berdasarkan mpeg2 video codec).
3. Walaupun dalam format high def …pengguna akhirnya terpaksa juga down convert ke Standard Def seperti DVD untuk dimainkan di DVD player dan ditonton di standrad def TV…pemain blu-ray disk masih mahal dan masih terhad. Walaupun pengguna boleh direct connect dari video cam ke TV tetapi video iamge telah di convert ke standard Def secara onboard (camera)..terutama jika menggunakan normal video cable. Jadi kelebihan High Def tidak dapat ditonton. Melainkan TV tersebut adalah full HDTV dan mempunyai HDMI connection.

Walaubagaimana pun anda masih boleh edit video dari kamera AVCHD di pc dengan menggunakan beberapa sofware. Apa yang pasti software-software ini bukan free dan semuanya adalah version yang terbaru.
1. Pinnacle Studio 11
2. Ulead Media Studio 11.5 (Pengguna version 11 perlu dapatkan update secara percuma untuk support AVCHD) sila rujuk artikle saya di sini : http://gcloud.com/blog/?p=260
3. Sony Vegas Studio (Platinum Edition)
4. iMovie version terbaru (untuk mac)

Seperti yang saya katakan tadi untuk edit video dalam native AVCHD pc mesti berkuasa seboleh-bolehnya cpu dari multiple core dan ram lebih dari 2 gig. Saya pasti di dalam 2 - 5 tahun akan datang untuk edit format ini dengan smooth kemungkinan tidak mendatangkan masalah sebab pc akan lebih power. Ia seperti mana untuk edit Avi dv, Mpeg2 dvd beberapa tahun yang lalu. Cuma pada masa ini average pc memang agak lembab untuk edit format video ini secara native

Sekiranya anda ingin edit video dari kamera jenis ini tetapi tidak mahu edit dalam format asal apa yang perlu anda lakukan:
1. Transferkan video footage dari kamera ini menggunkan USB ke pc (just drag & drop - tak perlu capture)
2. Guna mana-mana video encoder yang support untuk read format video ini. Tapi perlu diingat downconvert dari high def video ke standard video format juga memakan masa (bergantung pada jenis encoder, dan spec pc) . Tetapi sekurang-kurangnya anda masih boleh edit video dari kamera ini jika anda keberatan untuk edit dalam native format…
3. Kebanyakkan kamera jenis ini juga mempunyai preset untuk anda shoot dalam resolution yang lebih rendah sama seperti Standard Def. Jadi cara ini tidak membeban kan pc. Walaubagaimana pun guna software yang saya nyatakan di atas jika anda ingin edit dalam format asal walaupun dalam standard definition.

Pandangan peribadi saya.
Jika anda belum mempunya kamera video dan suka edit
1. Beli kamera video yang berformat avi dv (miniDV) atau mpeg2 dvd (samada berdasarkan dvd disk atau hard disk) Ini kerana lebih mudah di edit tanpa perlu pc yang highend
2. Jika ada sudah ada kamera jenis AVCHD ….gunakan standard def masa shoot dan gunakan software yang saya nyatakan untuk edit jika anda ingin edit…

Semoga dapat membantu.


Cetak Artikel Ini Cetak Artikel Ini

Walaupun VCD semakin hari semakin dilupakan namun masih ramai lagi di diantara kita masih menonton atau encode video ke dalam format VCD. Antara sebabnya kerana masih ramai yang masih menggunkan VCD player ..jadi VCD adalah pilihan yang terbaik untuk mereka menonton movie atau encode video dari video camera ke VCD..Jadi masih ramai yang bertanya pada saya apa software yang baik untuk encode video ke VCD.

Pengalaman saya hanya 2 software yang terbaik untuk VCD. Pertama Canopus Procoder dan satu lagi Tsunami Mpeg Encoder atau versi terbaru dipanggil TMPGenc Xpress . Sebelum ini saya cuba pelbagai encoder untuk menghasilkan quality vcd yang sepatutnya. Tetapi semua tak menepati citarasa saya. Pada awal tahun 2000 saya mencari dalam internet terutama diforum berkaitan video editing akhir saya terjumpa satu encoder yang free tapi menghasilkan quality VCD yang baik iaitu kualiti pada tahap spatutnya untuk format VCD. Sejak hari itu saya terus menggunakan Tsunami Mpeg Encoder atau TMPGEnc 2.5. Ini adalah antara versi awal TMPGEnc dan percuma untuk convert ke VCD , Untuk Convert ke Mpeg 2 dvd, kita diberi 30 hari percubaan. Selepas beberapa kali encode video teritamanya dari avi dv format saya yakin software ini adalah terbaik bagi pandangan saya untuk menghasilkan VCD. Namun terdapat beberapa kelemahan software ini. Ia hanya menerima format avi (avi codec untuk windows) dan avi dv (dari dv cam). Untuk encode video dari sumber lain cth mpeg2 kita terpaksa menggunakan VFAPI plugin untuk software ini membaca format tersebut…tapi masalahnya ia tak berfungsi dengan baik. Walaubagaimana saya memang tidak menggunakan format mpeg 2 dvd untuk encode ke vcd. Jadi ia tidak mendatangkan masalah kepada saya sebab majority video yang saya encode ke VCD adalah dari sumber avi dv. Masalah kedua versi yang percuma ini agak perlahan untuk encode ke VCD. Jadi ia agak memakan masa . Walaubagaimana pun komputer yang terkini yang ada dipasaran dapat encode ke VCD dengan lebih cepat.

Saya amat berpuas hati dengan software ini cuma saya mahukan lebih dari itu. Jadi saya terus mencari dan mencuba software yang baru yang dapat menghasilkan VCD yang sama dengan TMPGEnc 2.5 tetapi lebih cepat dan boleh encode ke banyak format lain serta dapat menerima pelbagai format video. Akhir setelah mencuba pelbagai jenis encoder dan saya dapati Canopus Procoder mampu menghasilkan quality yang sama dalam beberapa hal lebih baik dari TMPGEnc 2.5. Ini termasuk masa encoding lebi cepat, boleh menerima pelbagai format video/audio juga boleh encode ke banyak format yang popular. Terdapat dua versi Canopus Procoder pertama Canopus Procoder Express (US 60) ..malang sekali versi ini tidak dikeluarkan lagi. satu lagi Canapus Procoder yang mana lebih banyak option dan lebih banyak tool untuk tweak atau optimize quality video yang diencode. Bagi saya Canopus Procder Express lebih dari cukup terutama untuk VCD dan DVD. Sejak dari itu saya tidak lagi menggunakan TMPGEnc 2.5.

Oleh kerana quality yang dihasilkan oleh TMPGEnc 2.5 begitu baik ia telah diambil alih oleh PEGASYS Inc dan pihak PEGASYS Inc. telah menambah banyak option kepada versi baru TMPGEnc dan memperkenalkan TMPGEnc 3.0 XPress dan versi terkini adalah TMPGEnc 4.0 XPress. Versi terbaru memang lebih baik kerana support SSE1 SSE2 SSE3 dan juga multi core/proc. Jadi masa untuk encode video memang jauh lebih pantas dari versi asal. Walaubagaimana pun saya masih menggunakan Canopus kerana saya lebih suka quality yang dihasilkan bukan saya untuk VCD tetapi juga untuk DVD. Jadi kalau ada yang bertanya kepada saya apa encoder yang baik untuk encode ke VCD saya jawab hanya dua samada Canopus atau TMPGEnc 4.0 XPress. Bagi mereka yang serius dalam video editing dan cari makan dengan menghasilkan VCD. Eloklah dapatkan yang original salah satu software ini. Sebab bagi saya pelaburan yang kita keluarkan memang berbaloi. Terus terang saya berani compare hasil yang orang buat yang tidak menggunakan salah satu software ini dengan hasil yang saya buat dengan menggunakan software ini. Jadi sudah tentu kita mempunyai advantage dari segi quality berbanding dengan VCD yang dihasilkan oleh orang lain. Jadi apa salahnya kalau kita beli ori.. :)

Walalubagaimana bagi mereka yang tidak mahu untuk membeli yang ori tetapi masih mahu menghasilkan quality VCD yag baik, kali ini saya akan buat tutorial untuk menghasilkan VCD dengan menggunakan encoder TMPGEnc 2.5. (free version) . Tetapi version ini hanya menerima avi DV (dari kamera DV cam ) Kalau kita ingin convert dari sumber DVD cam (mpeg2) atau AVCHD gunakan versi yang terbaru.

Pertama download TMPGEnc 2.5. di sini: Download

Untuk melihat sample mpeg1 VCd yang dihasilkan oleh software ini download : sample

Arahan: selepas download unzipkan file ini copy folder ini ke bahagian lain cth Program Files dan create short cut untuk file TMPGEnc.exe di desktop. Jadi anda boleh gunakan software ini dengan mudah:

Langkah satu

Jika anda edit video anda dalam mana-mana video editing software selepas edit savekan semula dalam avi dv format. Ini kerana software ini hanya menerima Avi DV. Selepas file video avi dv dihasilkan buka program ini:

vcd1.jpg

Ini adalah interface dalam TMPGEnc 2.5. Untuk vcd pilih Option Video CD dan pilih PAL. PAL dipilih kerana kita ingin convert video kepada PAL format. Satu lagi PAL adalah sistem dalam kamera video yang dijual di malaysia. Kemudian tekan next:

vcd2.jpg

Import video yang anda ingin encode. Kemudian tekan Next

vcd3.jpg

Dibahagian ini jika anda ingin encode sebahagian dari keseluruhan video click pada source range dan klik butang setting. Anda juga boleh mencuba option lain yang ada pada bahagian ini. Tetapi setiap filter yang ada gunakan membuatkan masa encoding menjadi lebih perlahan. Jadi bagi saya anda boleh skip bahagian ini dengan menkan Next

vcd4.jpg

Setkan dimana output video anda hendak di savekan kemudian tekan Next.

vcd5.jpg

Pada bahagian ini video anda akan memulakan proses encoding. Jika anda ingin berhenti tekan butang Stop. Kemungkinan semasa kita encode video..kita gemar melakukannya pada waktu malam. Jadi untuk memudahkan kita pilih option Shutdown after finish encoding. Jadi bila selesai encoding pc akan di off secar otomatik. Sekarang anda telah berjaya menghasikan format mpeg1 VCD. Cuba mainkan video anda dimana-mana software yang boleh memainkan format mpeg1 VCD. Sekiranya puas hati langkah seterusnya ada burn ke CD-r untuk dijadikan VCD.

Langkah 2 - Burning

Untuk langkah ini sila ambil perhatian . Ini kerana banyak yang tersilap semasa proses burning terutama bagi mereka yang menggunakan NERO. Jadi baca dengan teliti.

Perhatian NERO HANYA UNTUK BURN KE CD BUKAN UNTUK ENCODE & BURN

Saya memilih nero kerana saya pasti ramai yang menggunakan Nero. Cuma di sini saya ingin tekankan semasa menggunakan Nero pastikan apa software dalam NERO yang patut digunakan. Di dalam Nero terdapat banyak software lain CTH nero Express, Nero Startsmart. Nero Visio, Nero Burning ROM. dan sebagainya. PASTIKAN gunakan NERO BURNING ROM untuk proses burning VCD ke . Kenapa Nero Burning ROM? . Ini kerana kita boleh setkan setting yang sepatutnya sebelum burn ke VCD. Jika kita menggunkan Nero Vision atau Nero Start Smart kita masih boleh burn ke VCD TETAPI kemungkinan besar setting yang salah akan digunakan . Bila salah setting Nero akan encode semua video mpeg1 VCD, Jadi hasil lebih buruk. Ini kerana secara default Nero akn setkan video ke format NTSC sedangkan format asal adalah PAL. Satu lagi Nero bukan encoder video yang baik..Jadi bila ini berlaku video akan di re-encode semula..dan hasilnya AMAT TIDAK MEMUASKAN dan masa untuk burn ke CD akan mengmbil masa yang lebih panjang. Ini kerana septutnya terus burn ke CD..tetapi NERO akan convert dan burn . Jadi saya ulangi guna Nero Burning ROM..bukan software yang lain dalam Nero. Ok sekarang buka Nero Burning ROM:

nero1.jpg

Pada bahagian ini pilih option Video CD dan pilih option PAL jika video mpeg VCD yang anda encode tadi dalam format PAL dan tekan New.

nero2.jpg

Dragkan video anda ke bahagian video/picture. Anda boleh memasukkan video lain yang sudah diencode ke bahagian ini. Pastikan jumlah saiz keseluruhan fail tidak melebihi garisan berwarna merah.

nero3.jpg

Pada bahagian ini adalah bahagian yang terakhir sebelum proses burning dijalankan. Setkan writing speed. Untuk burn ke VCD saya amat-amat menggalakan burn pada speed yang rendah dalam kes ini saya menggunakan 16X paling maximum . Kenapa saya pilih speed yang rendah . VCD adalah data dalam bentuk video jika sebarang error berlaku semasa writing ia memberikan visual yang jelas semasa kita memain video tadi di VCD/DVD player seperti berpetak-petak , tersekat dan sebagainya. Itu sebab saya menggalakan guna speed yang rendah untuk mengelakkan writing error pada CD terutama bila kita menggunakan speed yang tinggi. Akhir sekali tekan Burn dan Nero akan memlukan proses burning.

Tips tambahan

1. Sebelum burn pastikan anda disablekan screen saver, otomatik defragement atau apa-apa program berjalan secara backroung cth windows update . anti virus scanning / update. Ini pengalaman saya boleh memberi kesan kepada CD yang sedang diburn.
2. Kalau boleh masa burning jangan run program yang lain cth main game .
3.Selepas selesai burn saya sarankan kalau boleh elakkan guna sticker untuk membuat label pada CD. Ini kerana sticker label merupakan salah satu punca VCD/DVD tidak dapat dibaca dengan baik oleh pemain VCD/DVD player. Ke napa ini berlaku? Antara sebabnya kadangkala bila kita tampal sticker kita tak dapat pastikan label tersebut betul center, jadi bila dimainkan pusingan CD di dalam VCD/DVD player tidak seimbang. Jadi ini memberi kesan semasa playback. Jika anda ingin membuat label guna CD yang boleh direct print atau menggunakan CD seperti LightScribe atau dengan hanya menulis tajuk CD dengan menggunakan marker pen. Walau bagaimana pun terpulang kepada anda. Matlamat tutorial ini untuk menghasilakn VCD yang baik dan boleh dimainkan dengan baik disemua VCD player. Ini penting kalau anda mengambil upah membuat VCD untuk client anda atau untuk dihantar ke kilang printing.

Jadi saya berharap tutorial saya kali ini mendapat manafaat kepada semua. Jika ada ingin dibincangkan sila kemukakan diruangan ini. Selamat mencuba :)


Cetak Artikel Ini Cetak Artikel Ini